(mujaPhotography)

Assalamualaikum ... selamat pagi buat teman-teman , semoga dalam berkah Allah swt slalu .. amin ya rab .. Alhamdulillah pagi ini masih d beri peluang dan ruang untuk kite terus menyedut udara dan menjalani hari-hari seperti biasa . syukur atas 2 nikmat iaitu nikmat iman dan nikmat Islam . Alhamdulillah ... ^_^

Insyaallah pagi ni Muja ingin menulis tentang 'jodoh dan pertemuan' . Sudah banyak artikel tentang jodoh ni . Tak mengapa lah . sekadar menulis dan berkongsi kite bersama . Insyaallah ...

Apa itu jodoh ? Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

usah di bimbang jodoh lewat atau lambat , kerana aturannye lebih hebat , seperti apa yang tertulis dalam Al-quran , kita hidup berpasang-pasangan , jadi usah di fikirkan mengapa jodoh atau kahwin lambat , lewat dan sebagainya . Firman Allah bermaksud: "Maha Suci Allah yang mencipta pasangan-pasangan semuanya baik daripada apa-apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang mereka belum ketahui." - (Surah Yasin, ayat 36).

Segala aturan dan perancangan Allah sahaja yang tahu , segala perancanganNya adalah yang terbaik untuk kita . Usah ditangisi pertemuan 'pertama' bukan jodoh kita . Allah telah aturkan dengan baik dan memberikan jodoh yang lebih baik dari apa yang kita sangka . Untuk mendapatkan yang terbaik, macam-macam harus kite tempuhi terlebih dahulu , Allah telah menjanjikan pasangan yang terbaik itulah 'jodoh' kita .Firman Allah bermaksud: "Dan antara tanda kebesaran Allah adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenis kamu, agar kamu cenderung dan tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang." - (Surah ar-Rum, ayat 21).

Yakinlah dengan janji Allah , Allah lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat apa yang terjadi dalam kehidupan kita .Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan nabi-Nya dan bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan .Jodoh usah terlalu dirisaukan,Tiba masanya ia akan datang menjemput.Namun anda perlu juga membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

*.. "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari...dia datangkan petir dan kilat...kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar...Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita sebuah pelangi nan indah ....''
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed