Assalamualaikum...

Lama dah Muja tak Posting kan..?rindu la pulak nak berposting..Tajuk kali ni,semuanya bermula dengan minat.Kenapa Muja ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang MINAT?Berjayanya sesuatu perkara atau bidang bermulanya dengan minat.Dahulunya Muja tak pernah terlintas di fikiran yang Muja akan berniage walaupun kecil-kecilan..tapi ia tetap niaga kan?alhmdulillah,semuanya berjalan lancar.Apabila adanya minat,kita akan buat sesuatu perkara tu dengan penuh minat dan bersungguh-sungguh.Menjadikah sesuatu perkara yang kite buat tapi tak de minat?jadi tu memang jadi..tapi hasilnye kurang la kan.Bermulanya jualan niqab muja dengan minat.Minat dengan menjahit...selepas banyak hasil2 jahit tangan Muja menjadi,sahabat tersayang ada mencadangkan Muja untuk membuat jualan secara kecil-kecilan.Ahamdulillah sampai sekarang jualan Muja berjalan lancar.Pertama kali Muja jahit niqab pada tahun 2009.


(hasil jahit tanganku sendiri)


(niqab pertama muja jahit)


(hasil jahit tangan Muja)


(hasil niqab Muja)


Selepas cube dan percubaan tu kelihatannya bagus,Muja pun beranilah untuk membuat niage kecil-kecilan secara online ni.Alhamdulillah semuanya terjadi dengan izin Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Memang benarlah semuanya terjadi kerana MINAT...Alhamdulillah,sekarang Muja mendalami bidang photography.Mula tertarik dengan gambar2 landskap,mikro,bermacam2 lagi lah.Dengan minat yang mendalam dan usehe yang gigih,akhirnye Muja dapat pakai kamera dslr NIKON D3100.Brand yang Muja pakai ni tak lah se GAH macam sahabat2 Muja yang lain.Dengan kata lain,bersyukurlah dengan kemampuan dan dengan apa yang kita ada.Sungguh indah ciptaan Allah.Lagi indah andai manusia dapat memenafaatkan sebaik mungkin.Dengan lensa kite dapat lihat betapa agungnya ciptaan Allah s.w.t.


(sunset di pantai Morib)


(Muja photography)


(shoot di Putrajaya)


(shoot di Putrajaya)


Semoge kecenderungan Muja ke arah ini tidak melalaikan Muja.Dan semoge dengan apa yang Allah kurniakan kepada Muja,Muja sentiase bersyukur dan mengingatiNya..Muja taklah sepandai sahabat2 yang lain.Muja masih baru lagi dalam bidang ini.Banyak lagi yang harus diperbaiki..Ok lah setakat ini dahulu coretan dan kalam dari Muja..semoga dengan apa jua kerja perkara yang kita lakukan..berMula lah KERANA LILLAHI TAALA..sentiase lah tajdid niat dan yang penting..minatilah ape jua perkara yang kita lakukan disulami dengan kesungguhan yang berterusan..jangan mudah putus asa.....^_~

WaSSaLam..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed