Assalamualaikum . . .

Alhamdulillah . . . hari ni genap muja berumur 1* . . . semoga Allah memberkati hidupku . . . Alhamdulillah hari ni Muja sambut ulang tahun kelahiran Muja bersama sahabat muja . . . semoga Ukhwah ini berkekalan ke akhirnya . . . insyaallah . . . Dapat hadiah bantal domo dari sahabat . . . walaupun pertemuan sedetik cuma . . . namun ku dapat rasai indahnya persahabatan tercipta . . .




Disini Muja ingin berkongsi sedikit ilmu dan pengetahuan kepada sahabat2 berkenaan ANTARA BIRTDAY DAN HARI JADI DAN JUGA SAMBUTANNYA . . .

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG,

''HAPPY BIRTHDAY TO U..HAPPY BIRTHDAY TO U....''

antara lagu y paling terkenal di seluruh dunia.

''SELAMAT HARI JADI...S ELAMAT HARI JADI...''

antara lagu paling terkenal di negara kita.

Apa bezanya? Tiada yang berbeza kerana keduanya adalah lagu yang sama , hanya di alih bahasa. Cuma , agak menimbulkan kemusykilan , bagaimana BIRTHDAY DI TERJEMAH MENJADI HARI JADI ?. Bukak lah kamus mana pun, dr edisi sekolah rendah sehingga edisi universiti , pasti nya terjemahan ini salah.

Dr segi istilah pun, kita sedia maklum ianya salah, tetapi kita masih terus mengamalkannya. Mengapa? Di sini menunjukkan sikap kita y mengikut membuta tuli , tanpa berfikir. Adakah kerana majoriti menyebut begitu,lalu kita mengandaikan ianya betul? Majoriti atau minoriti tidak menjadi pengukur betul atau salah sesuatu perkara. Ahli badar hanya 313 orang, sedang tentera musyrikin berjumlah 1000 orang. Pihak manakah y betul?

Dari sudut yang lain pula , siapakah yang mengetahui tarikh tepat TERJADI persenyawaan ovum dan sperma? Atau tarikh tepat keJADIan roh di tiupkan kepada janin? Yang kita ada hanyalah tarikh KELAHIRAN. Jd, ucapan

'SELAMAT ULANGTAHUN HARI LAHIR ' adalah lebih tepat.

Menyambutnya pula , tidaklah salah dr sisi agama islam pun. Cuma, ada beberapa perkara yang harus di patuhi. Antaranya,

-tidak boleh meletakkan dan menyalakan lilin di atas kek (atau sebagainya) . Kerana itu meniru org majusi y menyalakan api dlm sebarang perayaan , sambutan atau upacara keagamaan mereka.

''sesiapa yang meniru sesuatu kaum,maka dia sebahagian dr mereka''

amalan itu juga tidak memberi sebarang faedah. Malah juga satu pembaziran , perkara yang sangat di tegah dlm agama kita. Akan tetapi , sekiranya di nyalakan lilin itu kerana terputus bekalan elektrik atau sebgainya , dan lilin itu menjadi sumber cahaya agar tidak tersadung atau rebah , maka itu tidak mengapa.

Buatlah apa jua perkara, dgn bersebab, dan dengan menetahui hukum,adat dan batasannya. InsyaALLAH , kebaikan itu akan kembali kepada kita. Bukan di dlm perkara ini sahaja. Tetapi juga setiap perkara di dalam hidup kita.

Kerana bermula dr buka mata di subuh hening, kita tidak terlepas walau sedetik pun dari 5 hukum ,HALAL,SUNAT,HARUS,MAKRUH DAN HARAM.

Dgn mengetahuinya , maka kita, insyaALLAH,dpt memelihara diri kita dr melakukan dosa.

''janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan''


wallahu a'lam.

SEGALA PUJI YANG TERTENTU BAGIA LLAH.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed