salam..


Alhamdulillah..hari ini muja berkesempatan untuk membuat posting baru.Kali ni muja nak kongsikan bersama-sama tentang nasihat menasihati.Apakah nasihat?Nasihat ini memberi peringatan atau menegur sahabt kita..ahli keluarga kita dan sesama ummat islam.Ia amat dianjurkan kerana Nasihat ini ibarat menjahit kain sahabat kita yang koyak.Apakah perumpamaan itu?Nasihat ini ibarat kita menyempurnakan seseorang.Dalam masa yang sama kita menyempurnakan diri kita.Ada perumpamaan lain,nasihat ini ibarat mengasingkan madu dengan sarangnya,ini bermaksud nasihat ini membuang segala keburukan dan membina kebaikan dalam diri kita.Nasihat ini amat penting dikalangan ummat Islam,apabila adanya sikap saling nasihat menasihati,insyaallah persefahaman akan bersatu,mengeratkan ukhwah sesama kita.Nasihat ini ada caranya,apabila kita nasihat dengan penuh kasih sayang..Insyaallah Allah mempermudahkan urusan kita untuk membuat kebaikan iaitu menasihati sahabat kita.Alhamdulillah andai kita dikelilingi sahabat2 yang selalu menasihati kita,kerana merekalah yang selalu memperingati kita akan hal2 yang kita tidak endahkan.Malah dengan hal ini diri kita sentiase terjage dari perkara-perkara yang tidak elok apabila dikelilingi shabat2 yang suke nasihati kita.Diri kite juga haruslah berfikiran terbuka dan berlapang dada apabila sahabat2 nasihati kita.Bersyukurlah kerana masih ada lagi yang mengambil berat akan hal diri kita.Addinu annsihah..agama Islam adalah nasihat.Dalam islam ini ada berbagai2 nasihat untuk diri kita.Andai kita tau akan Islam ini,Pasti ummat Islam berlumba2 untuk berteduh dibawah panjiNya.Dengan ini,nasihat dan islam amat berkait rapat.Apabaila kita faham akan konsep nasihat menasihati,Insyaallah bersatulah kita dibawah naunganNya.Dalam nasihat ini pelbagai manfaat dan kebaikan..bukan untuk diri kita sahaja.Malah untuk kita bersama ummat Islam semuanya...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed